Friday, July 16, 2010

Bermulanya aku seorang photographer

Aku? siapa sebenarnya aku? ape aku nk buat di usia remaja aku ni? bersukan? fail!!!!!!!! langsung xpandai nk main sebarang sukan.. memang aku x ikut bapak aku..bapak aku bukan main aktif bersukan. Dalam usia gini, aku tercari2 identiti aku yg sebenarnya..

dari sekolah menengah sampai la kolej.. bermacam2 kareakter aku bawak, tapi semuanya tak serasi ngan jiwa aku. Sukan, badan uniform, muzik... erm.. xleh..

namun ada satu yg cukup aku minat. memerhati gelagat orang sekitar.. aku suka perhatikan gaya, bahasa badan, cara berkomunikasi dan lebih kurang camtu la.
Dengan perangai aku ni.. boleh hilang tension aku kat stdy, kadang2 boleh dapat idea2 hebat dalam menyiapkan assignment kat kolej.

Abis je kolej... abis je cinta cintan monyet sume tu... kini bermula la pulak kehidupan aku kat U. Kat U ni aku xtau la nk wat ape. Try join geng kayak, jauh nk pergi latihan.., Cuba gym.. tempat terlalu kecil untuk tampung jumlah student.. nk masuk kadet? takut nanti xde masa nk enjoy life kat universiti...

tiba2, aku berkenalan dengan seseorang yang boleh membuka dunia baru pada aku, sumpah xpernah terfikir nk join benda2 camni. dari hari ke hari.. aku di dedahkan dengan dunia seni ni. aku di terangkan sedikit demi sedikit tentang cara nak guna si bongkah hitam ni. Semakin hari semakin banyak benda diterangkan dan semakin kerap otak aku terlintas aku x mampu sebenarnya nak miliki si bongkah hitam ni.

okeh, break dlu cerita ni.. nanti ada masa aku sambung balik... nk lampirkan page2 untuk barang2 perniagaan aku lak. cite ni aku sambung balik, skali ngan cite awek jugak.. sumpah... aku xkan lupe nye akan di stori kan kat korang. hehehehhehehe biaq la xnak pun.. ngeh4... salam.

No comments:

Post a Comment