Wednesday, August 4, 2010

Kenali Adobe Photoshop CS3 Sepantas Mungkin

Salam satu malaysia sume... kali ini aku ingin kongsikan kelebihan adobe photoshop ngan korang sume.. pertama sekali marilah kita kenali setiap button asal pada adobe photoshop, yg duk sebelah kiri kita skali tu..

telah pun aku tuliskan nama dan fungsi setiap ikon button tu.. tapi kalau saiznye kecik.. harap maklum lah.. nk jimatkan tampungan fail katakan..(klik kat gmbar mybe gmbar boleh jadi lebih jelas)

ikon ini kadang2 bertukar2 kerana disebalik ikon itu ada lagi ikon yg membawa fungsi yg sama tetapi kaedah gunanya lain2... tengok keadaan la camne nk guna kat mane nak guna, kat mane nak guna dan pada ape kita nak gunakannya.

ada juga ikon yg kita jarang gunakannya kerana tidak bersesuaian dengan editing kita. selepas penerangan mengenai button2 ini, aku akn pamerkan sekeping gambar asli dan sekeping gambar yang telah di edit... masalah cumil ke xcumil ke... itu belakang kira.. hehehhehe janji korang sume dapat idea camne nk gunakan tool2 yg di sediakan.





perkongsian cara guna dan teknik menggunakan photoshop ini amatlah dialu alukan sebabnye.. makin byk pendapat.. makin cepat kita belajar.. dan semestinye kita makin kretif la gamak nye.. hehhehehe. segala pandangan dan pertanyaan kamo2 sume boleh je tinggalkan komen kat bawah page ni.. orait? ke xorait?

CERITA PASAI IKON SIKIT...

butang paling atas sekali iaitu penggerak ini... fungsi button ini adalah untuk mengalih sebarang imej atau tulisan atau apa saja yang terdapat pada pentas putih(stage) ke mana jua untuk melengkapkan keje2 kita. untuk memindahkan isi antara stage juga boleh digunakan.. caranya amat la mudah.. budak sekolah rendah pun boleh buat.. cuma klik pada subjek yg kita nk, pastikan auto select ditanda bagi memudahkan pemilihan subjek dan show transform controls juga ditanda bagi membolehkan kita lihat sempadan subjek yg dipilih.

butang kedua nya pula adalah digunakan untuk membuat pemilihan dengan bentuk yang telah disediakan oleh photoshop. ikon ini mengandungi beberapa pilihan, caranya kamo2 sume kena right click pada ikon pada tool bar tu dan ia akan memaparkan jenis2 yang sedia ada untuk digunakan. mudah saja... talak pelu penim2 ma... tekan saja. nak main editing kene la berani mencuba...












seterusnya lagi bawah adalah pemilihan kawasan secara point to point... lebih kurang pemetaan la jugak.. kita cuma klik2 je bahagian yang kita mahu dalam apa jua bentuk sekalipun dan bila ia bercantum maka terhasillah satu garisan putus2 yang menandakan kawasan itu telah pun dipilih.. biasanya tukang edit guna ikon ni bila diorang nk memisahkan subjek ngan background.. cam duk pindah orang dan letak di atas pic lain tu hah, ni la salah satu butangnya yang membantu.. ada paham? ka makin pening? huhuhuhuhuhuu.

ikon ini juga memiliki 3 cara yang berbeza untuk menjalankan fungsinya antaranya lasso ialah pemilihan secara klik dan seret.. polygonal pula ialah penanda kawasan yang dikehendaki dengan sambungan titik ke titik.. dan akhir sekali magnetic iaitu pemilihan secara automatik.. pengguna cuma perlu halakan mouse ke kawasan yang dikehendaki sahaja pastu sistem akan memilih sendiri berdasarkan warna dan resolusi sesuatu subjek dan imej.

Tuesday, July 27, 2010

Apa Itu Exposure, Shutter Speed, Aperture, ISO


Kini kamu2 semua perlu setting kamera dalam mode manual. Bak kata tok guru aku... kalau stakat nk shot pakai auto bek beli kamera compact je.. hehehhehe agak kasar perliaannye.. menusuk kalbu. So mulanya saat tu aku dah xpakai dah mode auto, biar la 1st time shot gambar terrrrrrrrrrlaaampau terang.. dan terrrrrrlaammmpau gelap. Dalam bahasa kelantan “gelap gelemak”! aku teruskan juga try setting 3 benda ni shutter speed, aperture dan juga ISO.

Ringkasnya shutter speed ni tuk ambil gambar sesuatu yg bergerak laju, aperture lak tuk bukaan lens tu tuk wat bokeh (background jadi kabur 2 la...) dan ISO untuk membenarkan cahaya masuk atau pun nk bagi cerah atau gelap gambar.

Okeh cite panjangnye ialah setting 3 penjuru ni nak mudah cite umpama kita nak kumpul air hujan ngan sebuah baldi. Tiga benda akan berkait 1 sama lain iaitu masa, bukaan baldi atau pun luas mane baldi tu dan banyak mane air hujan tu yg kita nak? Hehehhe... xpaham?
Begini.. katakan kita nak bagi masa lama untuk isi air hujan tu.. so kita boleh cari baldi bukaan mulutnye yg kecil sedikit... pastu kita jaga je la takat paras air yg kita mahukan 2.. sama juga kalau masa kita singkatkan.. kita mesti la kene cari baldi yg bukaan mulutnye yg lebih luas.. so kita nanti jaga takat air je la..

Fenomena ni xjauh bezanye ngan shutter speed(sebagai masa), aperture(sebagai bukaan mulut baldi) dan ISO(sebagai sukatan air yg masuk).. dan baldi itu sendiri sebagai kamera kita.

Namun harus diingat ye.. setiap satu dari 3 penjuru ni ada kegunaan masing2.. (bukan main set je) dan bila kita dah mahir menggunakan 3 penjuru ini barulah kita boleh berkarya pada gambar kita.. contoh? Okey katakan kita nk p shooting orang lumba basikal katakan ek, apa yang perlu didahulukan adalah masa iaitu kelajuan snap 2.. shutter speed mesti la laju kan baru kita dapat tangkap pergerakan subjek(benda yg nk ditangkap) tu. Bila speed dah tinggi maka gambar akan jadi gelap.. so aperture dan ISO la yg tolong backup lak bagi gambar terang balik...

Pastu kita nk ambil gambar sume terang lak.... xnak ad bokeh2.. set aperture nye msti la besar nilainya ..(tapi yg sebenar nye bukaan lens semakin mengecil, bacaanya terbalik). Ini bermakna shutter speed dan ISO la yg berperanan untuk backup gambar bg jadi cerah balik...

Akhir sekali pasai ISO, katakan kite nk kua date ngan awek time malam.. tetiba lak die suh ambik gambar.. So setting kita tertumpu pada ISO.. set kan nilai yg makin besar untuk gambar lebih cerah.. di ikuti shutter(lebih rendah) dan aperture (lebih rendah untuk backup gambar kamu2 sume lebih cerah..TAPI! hati2 ye.. ISO tinggi boleh sebabkan noise bersepah menyemakkan mata... hahahahah ini contoh hasil ISO

rendah
tinggi
Okeh.. dah berderet dah ni aku taip.. naik lenguh dah jari, huhuhuh. Sume ni adalah cara tuk aku memahami bagaimana nk uruskan 3 penjuru ni.. segala ayat atau fakta yang kurang tepat harap maaf ye.. mudah2an korang boleh paham.. pape hal kalo ada soklan ajukan je kat bawah. Nk betulkan statement aku ni pun dialu2kan.. sesama lah kita blajar ye..
*gambar dari : cambridgeincolour



Monday, July 26, 2010

CANON DSLR 550D baek punye




tawaran kepada student UUM, UniMAP, POLI Syed Sirajuddin, Kolej Matrik KEDAH, POLIMAS, UITM ARAU, KOLEJ matrik ARAU anda layak mendapat training percuma dari saya pada satu tarikh secara santai dan friendly

Canon 550d set with kit lens 18-55mm (kelebihannya 18mp, bersama full hd video)
set termasuk:-
-550d body
-lens 18-55mm is f/3.5-5.6
-sd kad 4gb
-sling bag
-uv filter
-lcd protector

RM2899 *kolej atau pusat pengajian lain cuma tambah RM50 sahaja lagi.. tobat murah!

CANON DSLR 1000D Beginner punya kamera


tawaran kepada student UUM, UniMAP, POLI Syed Sirajuddin, Kolej Matrik KEDAH, POLIMAS, UITM ARAU, KOLEJ matrik ARAU anda layak mendapat training percuma dari saya pada satu tarikh secara santai dan friendly

Canon 1000d set with kit lens 18-55mm
set termasuk:-
-1000d body
-lens 18-55mm is f/3.5-5.6
-sd kad 4gb
-sling bag
-uv filter
-lcd protector

RM1699 *lain2 kolej atau pusat pengajian tambah RM50 sahaja, masih murah kan3?

Berminat hubungi mark yie : 019-9955266




Sunday, July 25, 2010

Sambung cite part 3


Ni post yang ke tiga pasal aku.., saje nk habiskan kisah aku sebelum masuk bulan lapan (8) ni.. bulan lapan dah nak masuk bahagian kongsi idea dan cara edit mengedit gambar dengan perisian AdobePhotoshop. Okeh.. selepas saat aku mula perlahankan rentak aku dalam hobi tangkap2 gambar ni sebab xmau bazirkan kamera orang tetiba lak nk buat ke jadi rezeki aku member aku si Azhan Amin and his wife bagi aku pinjam guna dulu kamera DSLRnye & pakai & berlatih & lagi bile ada duit baru bayar..

So di sini la aku dengan sepenuh masa nye duk belajar mengenai kamera. Bila dah syok duk godek kamera ni.. sampai aku terlupa dah kisah percintaan yang xberapa nak menjadi suatu ketika dulu... Tapi... ha.. ada gak tapinye... tetiba jugak si dia contct aku sebab ada sedikit masalah peribadinya.. so kiteorg duk la msj2 makin hari makin kerap.. hati ni pun mula dah eh nak cair balik..

dan.. disebabkan si dia sudah ada yang punya aku pon cancel la niat nk buat sambungan pintasan jantung ke hati.. hati ke jantung sebabnye nape? sebabnya xnak la crite lame aku ulang balik... org tua2 kata kalau jatuh bangun semula bagus... tp kalu p duk ulang cara jatuh yang same itu bongok namanye... huhuhuhu opst.. sori kalu bahasa agak terkasar..

Okeh, bermulanya dengan Nikon D80, aku belajar mengenai setting tiga penjuru.. iaitu shutter speed, aperture dan juga ISO. Tok gurunya Mzaidi... huhuhuhuhu Mzaidi, nama anda naik di sini.. bayar komesyen 3ribu! hak5.. Nak tau pasai setting 3 penjuru lagi? nanti aku citekan next post.. xlarat dah nak taip. aku pun bukan la pandai sgt layan blogging2 ni..




Friday, July 23, 2010

Sambung cite..


Memandangkan ari ni malas aku up gambar, info n harga asesori kamera.... aku sambung balik la cite lame aku.. macam mane aku boleh terjebak dalam seni fotografi ni...

lepas sekian lama aku mencari sesuatu yang istimewa untuk aku habiskan masa aku ni.. aku berkenalan dengan seseorang.. die ni rakan sekuliah aku. kami selalu juga la duk buat assigment bersama. walaupun sekuliah tapi dia ni 4 taun lebih tua dari aku.. sebab dlu dia keje.. sebelum masuk sambung belajar.

lepas lama aku duk belasah kamera dia, lama kelamaan dia terangkan aku sikit2 pasal kamera. tak silap aku masa 2 kami duk main nikon D80. main punya main.. shoot punya shoot.. dia makin lama makin serius terangkan perihal kamera kat aku. adoyai.. terlalu jauh penerangan dia kadang2 wat aku pening je. shutter count terus berjalan.. dia buat senyap je.. nasib aku terbaca dalam 1 artikal mengenai ganti shutter blade. masa 2 rasa menyesal tahap gaban duk belasah kamera dia. untuk korang yang masih xtau.. atau tertanya2 harga service shutter tu dalam RM400-450 untuk model D80, hayatnya dalam 1200k-1500k kali snap atau shoot.. so paham2 je la kalau anda semua tgk juru kamera yang dibayar mahal2 untuk majlis anda tetiba je dia guna kamera kecik je (tu kamera back up kalau2 kamera utama buat hal).. so lepas terbaca artikal tu.. aku dah segan dah nak capai main2 shoot ngan kamera dia.. walaupun dia tak kisah tp ngan kamera tu la dia duk shoot gambar2 kahwin.. customer dia bukan biasa2 harga pakej 3-4 ratus. Main tangga ribu kot.. aku pun perlahankan la minat aku nak tau pasal kamera ni... dan...

okeh.. perut berkerongcong untuk anna dah... makna nye.. nk stop membebel dah la.. nanti aku cite lain..

Octopus OC-LC1 Lens Case Pouch
boleh muat

Canon Lenses:
EF 20mm f2.8 USM Lens, EF 24mm f2.8 Lens, EF 28mm f1.8
USM Lens, EF 28mm f2.8 Lens, EF 35mm f2 Lens, EF 50mm f1.8 Lens, EF 50mm
f1.4 USM Lens, EF 50mm f2.5 Macro Lens, EF-S 60mm f2.8 Macro USM Lens,
EF 85mm f1.8 USM Lens and other similar size lens.

Nikon Lenses:
AF-S18-55mm VR Lens, AF-S 18-70mm Lens, AF-S 18-105mm VR Lens, 35mm f1.8
Lens, 50mm f1.8 Lens, 50mm f1.4 Lens, 85mm f1.8 Lens, 85mm f1.4 Lens and
other similar size lens.

Sony alpha Lenses:
kit lens and other similar size lens.

Olympus Lenses:
kit lens and other similar size lens.

Pentax Lenses:
kit lens and other similar size lens.

Tamron Lenses:
18-200mm Lens and other similar size lens.

RM40


Berminat hubungi mark yie : 019-9955266