Wednesday, August 4, 2010

Kenali Adobe Photoshop CS3 Sepantas Mungkin

Salam satu malaysia sume... kali ini aku ingin kongsikan kelebihan adobe photoshop ngan korang sume.. pertama sekali marilah kita kenali setiap button asal pada adobe photoshop, yg duk sebelah kiri kita skali tu..

telah pun aku tuliskan nama dan fungsi setiap ikon button tu.. tapi kalau saiznye kecik.. harap maklum lah.. nk jimatkan tampungan fail katakan..(klik kat gmbar mybe gmbar boleh jadi lebih jelas)

ikon ini kadang2 bertukar2 kerana disebalik ikon itu ada lagi ikon yg membawa fungsi yg sama tetapi kaedah gunanya lain2... tengok keadaan la camne nk guna kat mane nak guna, kat mane nak guna dan pada ape kita nak gunakannya.

ada juga ikon yg kita jarang gunakannya kerana tidak bersesuaian dengan editing kita. selepas penerangan mengenai button2 ini, aku akn pamerkan sekeping gambar asli dan sekeping gambar yang telah di edit... masalah cumil ke xcumil ke... itu belakang kira.. hehehhehe janji korang sume dapat idea camne nk gunakan tool2 yg di sediakan.





perkongsian cara guna dan teknik menggunakan photoshop ini amatlah dialu alukan sebabnye.. makin byk pendapat.. makin cepat kita belajar.. dan semestinye kita makin kretif la gamak nye.. hehhehehe. segala pandangan dan pertanyaan kamo2 sume boleh je tinggalkan komen kat bawah page ni.. orait? ke xorait?

CERITA PASAI IKON SIKIT...

butang paling atas sekali iaitu penggerak ini... fungsi button ini adalah untuk mengalih sebarang imej atau tulisan atau apa saja yang terdapat pada pentas putih(stage) ke mana jua untuk melengkapkan keje2 kita. untuk memindahkan isi antara stage juga boleh digunakan.. caranya amat la mudah.. budak sekolah rendah pun boleh buat.. cuma klik pada subjek yg kita nk, pastikan auto select ditanda bagi memudahkan pemilihan subjek dan show transform controls juga ditanda bagi membolehkan kita lihat sempadan subjek yg dipilih.

butang kedua nya pula adalah digunakan untuk membuat pemilihan dengan bentuk yang telah disediakan oleh photoshop. ikon ini mengandungi beberapa pilihan, caranya kamo2 sume kena right click pada ikon pada tool bar tu dan ia akan memaparkan jenis2 yang sedia ada untuk digunakan. mudah saja... talak pelu penim2 ma... tekan saja. nak main editing kene la berani mencuba...












seterusnya lagi bawah adalah pemilihan kawasan secara point to point... lebih kurang pemetaan la jugak.. kita cuma klik2 je bahagian yang kita mahu dalam apa jua bentuk sekalipun dan bila ia bercantum maka terhasillah satu garisan putus2 yang menandakan kawasan itu telah pun dipilih.. biasanya tukang edit guna ikon ni bila diorang nk memisahkan subjek ngan background.. cam duk pindah orang dan letak di atas pic lain tu hah, ni la salah satu butangnya yang membantu.. ada paham? ka makin pening? huhuhuhuhuhuu.

ikon ini juga memiliki 3 cara yang berbeza untuk menjalankan fungsinya antaranya lasso ialah pemilihan secara klik dan seret.. polygonal pula ialah penanda kawasan yang dikehendaki dengan sambungan titik ke titik.. dan akhir sekali magnetic iaitu pemilihan secara automatik.. pengguna cuma perlu halakan mouse ke kawasan yang dikehendaki sahaja pastu sistem akan memilih sendiri berdasarkan warna dan resolusi sesuatu subjek dan imej.

1 comment:

  1. ada blogger plagiat entri ini
    http://awalgrapic.blogspot.com/2010/09/kenali-adobe-photoshop-cs3-sepantas.html

    ReplyDelete